Tuesday, 11 April 2017

Majlis Kesyukuran Ain & Idris - Terengganu

Assalamualaikum...

minggu lepas berlangsung lah majlis kesyukuran untuk aku ngan shuben dan majlis tahlil untuk arwah mak ayah aku. meriah jugak walaupun hujan belah petang tu. kebanyakan lauk semua habis. meriah engko bila dapat jumpa sedara mara, kawan-kawan sekolah dulu. aku malassss nak cita banyak, so kita layan gambar jelah yekk. kehkeh

baru siap mekap, kita selfie lah sedas dua.. 

ni lah mak andam aku yang gojes lagi cantik. 


takleh nak move on lagi ngan mekap lawa cenggini. rasa nak biar camto je sebulan, taknak basuh muka. sapa tak suka cantik kan? bhhahah







ni semua gambar yang aku ambik pakai kamera, aku dah copy masuk dalam pc. yang dalam fon aku malas nak up kat sini, gambar sama je pon. kang tepek muka aku je banyak kali meluat pulak orang nengok, kahkah.

tapi satu je nak cakap, aku cantik sangat ari tu, bhahahahahaha. setuju tak wei? takpelah puji diri sendiri pon, nak tunggu korang puji ntah baca ntah tidak post aku nih. pada kak siti a.k.a mak andam, thanks buat ain jadi princess ari tu. cam beauty and the beast, kehkeh. aci dak? tak pernah rasa cantik macam ni sekali, rasa teruja eksaited tuh macam nak buat kenduri tujuh hari tujuh malam, mekap taknak tanggal. seronok wei makan lauk kenduri, makan sedap, kumpul ramai ramai ngan adik beradik. Allah, seronok yakmat. walaupun hari yang paling seronok tu tidak dapat diserikan dengan mak dan ayoh. aku redo dengan takdir. 

terima kasih jugak untuk adik beradik aku yang banyak sponser untuk majlis ni, untuk adik bongsu katanya. terima kasih kakak semua. i lebiu uollssss. tak lupa jugak untuk abang aku lagi dua orang yang takde dalam gambar sebab tak dapat balik atas urusan kerja. (dah gaya macam buat ucapan raya)

k lah tu je nak tunjuk, aku tak banyak sangat gambar. upah photographer tak bertauliah nih, gambar tak berapa nak cantik. kabur je banyak. sabo jelah tipah oiii.




1 comment:

  1. πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ
    Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran 2017 by Hani RahmanTerima kasih...
    πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca..