Tuesday 11 April 2017

Majlis Kesyukuran Ain & Idris - Terengganu

Assalamualaikum...

minggu lepas berlangsung lah majlis kesyukuran untuk aku ngan shuben dan majlis tahlil untuk arwah mak ayah aku. meriah jugak walaupun hujan belah petang tu. kebanyakan lauk semua habis. meriah engko bila dapat jumpa sedara mara, kawan-kawan sekolah dulu. aku malassss nak cita banyak, so kita layan gambar jelah yekk. kehkeh

baru siap mekap, kita selfie lah sedas dua.. 

ni lah mak andam aku yang gojes lagi cantik. 


takleh nak move on lagi ngan mekap lawa cenggini. rasa nak biar camto je sebulan, taknak basuh muka. sapa tak suka cantik kan? bhhahah







ni semua gambar yang aku ambik pakai kamera, aku dah copy masuk dalam pc. yang dalam fon aku malas nak up kat sini, gambar sama je pon. kang tepek muka aku je banyak kali meluat pulak orang nengok, kahkah.

tapi satu je nak cakap, aku cantik sangat ari tu, bhahahahahaha. setuju tak wei? takpelah puji diri sendiri pon, nak tunggu korang puji ntah baca ntah tidak post aku nih. pada kak siti a.k.a mak andam, thanks buat ain jadi princess ari tu. cam beauty and the beast, kehkeh. aci dak? tak pernah rasa cantik macam ni sekali, rasa teruja eksaited tuh macam nak buat kenduri tujuh hari tujuh malam, mekap taknak tanggal. seronok wei makan lauk kenduri, makan sedap, kumpul ramai ramai ngan adik beradik. Allah, seronok yakmat. walaupun hari yang paling seronok tu tidak dapat diserikan dengan mak dan ayoh. aku redo dengan takdir. 

terima kasih jugak untuk adik beradik aku yang banyak sponser untuk majlis ni, untuk adik bongsu katanya. terima kasih kakak semua. i lebiu uollssss. tak lupa jugak untuk abang aku lagi dua orang yang takde dalam gambar sebab tak dapat balik atas urusan kerja. (dah gaya macam buat ucapan raya)

k lah tu je nak tunjuk, aku tak banyak sangat gambar. upah photographer tak bertauliah nih, gambar tak berapa nak cantik. kabur je banyak. sabo jelah tipah oiii.




Sunday 2 April 2017

Bila rindu bertandang lagi...


Rindu yang tak mampu ku tahan. Rindu yang tak mampu ku luahkan. Kasih sayang yang ku dambakan, namun hanya memori semalam tinggal kenangan. 

Rindu syurga ini. Rindu yang sangat menyesakkan hati. Ubatilah rindu ini tuhan. Sungguhnya aku tidak tertahan untuk menahan lagi. Untuk tidak meratap lagi. Untuk tidak menangis lagi, disaat aku sendiri. 

Syurga yang dirindukan

Ari ni satu hari ujan tak berenti. Bila sorang2 macam ni, terus ingat kat mok. Mok, ore rindu sangat. Banyak benda ore nak luah kat mok, banyak benda ore nak kongsi ngan mok.

Rasa tak puas lagi hidup ngan mok. Maaf sebab ore tak jaga mok dengan elok dulu. Maaf sebab selalu cakap kasar ngan mok, selalu lawan cakap mok. Maaf sebab jadi anak yang pemalas nak tolong buat keje rumah.

Mok, ore sengsara sangat bila mok takde. Takde yang nak menjaga macam mok, takde yang nak ambik berat macam mok, takde yang nak memujuk macam mok.

Kalau lah ore boleh kembali ke masa dulu, ore nak sangat ada ngan mok disaat saat akhir mok. Ore nak ada disamping mok. Ore nak jaga mok betul betul. Ore akan buat semua keje rumah. Ore takkan gi belajar jauh jauh.

Ore sunyi mok, sunyi sangat. Kalau mok ada lagi, ore mesti ada ngan mok sekarang ni. Ore akan jaga mok, ore nak hidup ngan mok sampai tua.

Saturday 1 April 2017

Menternak lemak di tengah malam buta dikala jiran sedang enak diulit mimpi indah (╥_╥)

Giler panjang tajuk , hahaha. Hokay tu je yang hakak nak citer. Sekian, terima kasih sudi baca. Kihkihkih. Saje nak tawarkan diri untuk ditamparkan? (─‿─)

Sejak dua menjak ni, ramai kawan2 hakak kat fb duk hapdet pasal iklan mcd kat tv nun. Hakak? Hakak steady jek kat umah. Fb pon jarang skali nak hapdet, so kita baca status orang jelah. Ehh sape tengok maharaja lawak mega malam tadi? Best kan. Gelak sorang2 hakak depan tv. Dzawin best betoi, feberet hakak tu tau. Harap dia sampai lah ke final.Hokay iklan kejapppp. Terlari topik, kehkeh.

Bila dah bukak tv kuar iklan mcd, bukak fb hapdet pasal mcd, hakak pon nak menggeletis jugak lah ngoder ayam mcd kat bang jamil, suruh dia belikan masa otw balik rumah nanti. Siap ngoder big mac bagai. (#^.^#)

Kengkonon hakak nak gurau je wak, sekali bang jamil beli betol2. Hakak ingat dia tak belikan sebab dah lewat. Lagi pon dah kul 12 lebih, mana nak menyumbatnya lagi makanan. Time to sleep lah, bukan makan lagi. Adehhh, kepala timun lah engko gurau cenggitu tipah oiii

Fries pon selambak, boleh kenyang seminggu.

Makanlah engko semua ni tipah oiii. Kul satu pagi ngadap mcd sambil neman bang jamil makan nasi. (◑‿◐)

Tapi hakak rasa ayam tu biasa2 je. Ke hakak yang salah deria rasa? Tak pon mungkin sebab dah sejuk kot, so tak rasa la kerangupan macam dalam iklan tv nun + dah kenyang melantak nasi dua pinggan. Engko rasa?

Tapi kalau gi mcd, hakak suka ngoder Mcflurry. Oishh feberet hakak sepanjang zaman tu. Tapi tadi tak ngoder plak, sampai umah dah kompem cair kan. So tak best nak makan.

Esok hakak pulun diet, malam ni dah berkilo berat naik.

Bang jamil tengah bahagia berdengkor tak hengat hakak kat sebelah nih. 

hakak nak tido dulu lah, mana tau esok kurus. ლ(⌒▽⌒ლ)

Genitee uollssss ヾ(^-^)ノ 

Shopee MY - berbaloi sangat wak ! (☆^O^☆)

Assalamualaikum.. Hakak tipah is back ! Hehe. Jangan jemu dengan hakak ye, hakak nak share something ni sementara hakak ade story mory nak kongsi. Kang bila ketandusan idea, jadi chipsmore lah hakak.

Hari tu hakak ada order barang kat Shopee MY. Cer teka barang ape? Emm tak yah teka lah wak, jap lagi hakak tunjuk jugak. Ni kali kedua hakak shopping kat Shopee.



Tadaaaa ! Alhamdulillah. Sampai ngan selamat wak. Satu untuk bang jamil, satu untuk hakak tipah.  <(‾︶‾)>

Hakak ni susah sangat nak beli barang secara online. Takot tak sampai wak. Tapi dengan adanya Shopee MY nih, hakak boleh menyoping dengan lebih mudah, pastu tak payah risau pasal penghantaran. Kalau barang tak sampai pon kita boleh mintak refund balik. So, hakak memang rekomen sangat2 ! 

Sapa2 yang tengah nak mencari barang keperluan ke apa, teruslah singgah kat Shopee. Awak pasti puas hati punya lah. (*^ω^*)


Hakak siap dapat coins lagi wak untuk setiap barang yang hakak beli tu. Giler tak seronok? Huuu 。^‿^。