Monday 16 January 2017

Yeayyyy lepas ni boleh update blog bila bila masa je. Yahuuuu

Yeayyy tajuk post dah sama panjang ngan ape yang aku nk cerita ni. Dah malam buta baru nak update blog. Bukan apa, teruja sebenarnye.. Aku nak kongsi pasal satu apps ni, yang memudahkan kiter si blogger nih untuk update blog dengan senang hati, dimana jua dan bila2 masa. Bila naik tren tetibe datang idea, tak payah kalut2 bukak laptop. Amek je fon. Tengah dok bergosip ngan mak esah sambil makan pelam pon boleh update blog. Tapi janganlah citer pasal gosip engko ngan mak esah tu pulak. Hahaaha

Walaupun aku tahu yang bahawasanya mesti dah ramai yang tahu pasal apps blogger ni, aku nak share jugak. Padahal takde ape pon nak share sebenarnye tapi tahap jakun tu melebih sangat sampai takleh nak tido, kena citer jugak lah. Hahahaha.


Tu lah dia Apps Blogger yang aku download semalam kat google play. Senang keje aku lepas ni, tak payah nak tunggu hari isnin baru nak update blog. Maklum lah, kat umah takde tenet. (n˘v˘•)

Yang nak tunjuk secoet je, tapi saje nak tayang wallpaper lawa.. Kehkeh ✧٩(の❛ᴗ❛ の)۶


Okay ni rupa bahagian dalam die lah. Sebelum masuk sini komfem lah kena masuk email blog dulu kan.. So ni senarai entry yang aku dah post selama ni. <(‾︶‾)>
 
So skang kiter dah boleh taip ape yang kiter nak.. Yeayyyy !! ヽ(´▽`)/

Kalau korang nak upload gambar pon boleh jugak. Just tekan titik tiga sebelah kanan kat atas tu pastu keluar lah benda alah ni.. (◑‿◐) 

Lau korang pilih pick a photo, keluar la camni. So boleh la cari gambar yang korang nak tu. Tapi apps ni macam leceh sikit la sebab tiap kali nak upload gamba kena save dulu, pastu edit lagi. So bagi yang jenis tak sabar tu disarankan jangan install, kahkah.. (〜^∇^)〜 

Nak taip satu ni pon berejam, caittt. Line data yang kuat juga memainkan peranan penting ye. Kalau guna data free cam aku ni memag berejam lah nak post satu entry. Kihkihhh

K lah, nak tido dulu weii. Lewat nau dah ni.. Lepas dah siap korang post jela ye.. Takkan tu pon aku nak tunjuk jugak. Pandai2 la belajar sendiri, kehkeh. Good night ! Sweet dreamssssssss uollsss.. ლ(⌒▽⌒ლ)

2 comments:

Terima kasih sudi baca..