Tuesday 24 January 2017

Bila dah ngantok, banyak pulak keje kena buat. (×_×;

Malam ni tido lambat lagi. Bukan takleh tido tapi banyak keje kena setel. Nak kena basuh baju keje, masak nasi untuk bekal esok, dah alang2 sibuk tu, kemas dapur sekali. Ni baru siap segala benda. Yang paling penat bila ingatkan nasi dah masak, tapi rupanya tak tekan rice cooker tu. Baru beria nak tutup suis, ehhh tak masak pon wei. Hangennn je. Nasib baik tergerak hati nak bukak periuk tu. Lau tak, bawak la nasi mentah tu besok.

Pastu tadi ada pulak hilang barang, aku tak tau lah tercicir kat mana masa keluar gi beli makanan tadi. Dalam keadaan hujan renyai, ngan gelapnya, memang tak jumpa lah. Aku harap ada lah orang yang baik hati jumpa barang aku tu. Stress sangat2 dah ni. (;′⌒`)

Mata pon takleh nak bukak dah. Badan rasa penat sangat hari ni, stress ngan macam2 hal. Nampak bantal ngan selimut je. Nak tidooooo dah. Byeee uollsss.. ∪ˍ∪

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca..