Friday 6 January 2017

Azam tahun baru

Assalamualaikum...

bila dah masuk tahun baru ni, jalan pon sesak dengan budak sekolah, kihkih. teringat zaman sekolah dulu, bila nak mula sekolah je, barang sekolah mesti nak baru, gi sekolah ngan azam baru, semangat baru. bila dah jumpa kawan kawan, macam macam gosip yang keluar. maklumlah, lama tak jumpa kan. padahal baru berazam taknak gosip gosip. apehal?

tahun ni, aku harap sangat aku dapat buat lesen kereta. oiii bila dah tua camni baru nak fikir pasal lesen segala bagai. dulu tak hirau pon. tapi sekarang dah ada kesedaran sivik sikit nak ade lesen sendiri, nak ada kereta sendiri. bila tengok kawan kawan boleh bawak kereta, boleh gi jalan merata rata, jeles sangat rasanya. bagi aku jeles tu perlu sebab ia buat aku lagi rasa nak ada kereta sendiri. aku kena dapatkan jugak dua benda ni dalam tahun ni, insyaallah.

kereta idaman...

sejak kereta ni keluar, memang aku aim yang ni je. walaupun ada lagi yang hebat dari ni. dengan design dia, memang aku suka giler ah. aku tak mintak lebih pon, asalkan aku dapat capai target aku tahun ni, syukur dah. harap harap boleh tercapai lah dua benda ni. amin !


1 comment:

  1. Semoga lebih berjaya tahun nie... Tercapai segala yang dihajati...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca..