Friday 25 November 2016

Coleslaw ala KFC - Resepi Cik Epal

Assalamualaikum...

minggu lepas aku ada baca blog cik epal, dia tunjuk plak cara-cara nak buat coleslaw ala ala kfc. aku apa lagi, meroyan ah kat opis. *okay ni tipu*. aku dah la suka makan coleslaw ni, kadang berebut laki bini. bukan nak ngalah laki tuh, huhhhhh. 

so bila dah dapat resepi ni petang tu jugak aku ajak laki aku gi cari barang nak buat. semangat uollsss. benda yang kita suka kan, mesti ah kena tunjuk semangat kesukanan tu. *ehhh tetibe. ingat ni maraton lumba lari?*

ni bahan utama ah. gigih aku potong kobis tu halus halus. lobak tu pon jenuh nak potong bagi bentuk kiub walaupun ada jugak terselit bentuk pentagon, hexagon. wahhhh hebat sangat. engko hadooo? 


step by step aku tak snap ah sebab x terniat pon nak update dalam blog tapi memandangkan blog aku sunyi tanpa cerita so aku update lah pasal ni. hewhew. buat ni pon masa tengok gegar vaganza. nasib tak terpotong jari uolsss bila mata kejap tengok tivi kejap tengok kobis.

dalam resepi cik epal dia ada guna lemon, tapi aku tukar guna limau nipis. lemon takde kat kedai runcit, terpaksa beli limau nipis. takkan nak masuk ekonsave semata mata nak beli lemon sebijik. memang tak lah laki aku tu nak gi. tapi aku hangennn je bila perah langsung tak kuar air. limau nipis menipu nama dia. sakit pulak hati ni. dapat la secoet, jadi lah nak oi dari takde langsung.

taddaaaa. dah siap ponnn, hewhewww. tak sabar gila nak makan. tapi tak best lau terus makan. so aku masukkan dalam peti sejuk semalaman sebab baru best makan sejuk sejuk. bagi kobis, lobak ngan bahan bahan lain sebati dan mesra bersama dulu. 

yeayyyy dah boleh makan. syokkkk tekak dapat makan ni banyak -banyak. lau makan kat kfc tak cukup. yang ni siap tambah tambah lagi uollsss. kfc boleh cenggitu? gi kaunter nak mintak refill. hikhik. pasni nak buat lagi, buat banyak banyak. takde ah nak berebut lagi. 

pape pon aku nak ucap thanks ah kat cik epal sebab share resepi yang sedap sedap kat blog dia. rambang mata nengok, menjejeh air liur depan skrin. hahahha. kalau korang nak resepi ni boleh la klik kat SINI. hokay byeeeee

1 comment:

  1. wah saya suka betul coleslaw kfc :D
    jemput singgah
    https://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca..