Friday 14 October 2016

kemalasan aku

assalamualaikum...

setelah sekian lama menyepi, baru ari ni aku dapat menjengah blog sendiri. takde idea wei, hhhahhaha. teruk betoi lah rasenye, sel-sel otak tak berhubung dengan baik kot. tu yang ketandusan idea je salu.

ari ni aku nak kongsi pasal kemalasan aku. malas tu satu penyakit or tabiat buruk? hmmm konpius nih nak jawab, kehkeh. aku ni ade penyakit malas yang agak kronik jugak ah. contohnya bila aku dah basuh pinggan yang bersusun dalam sinki tuh, bila dah habis licin semua, aku gi makan. dah siap makan, letak pinggan dalam sinki, basuh tangan bagai pastu blah. pinggan yang ada dalam sinki tu ada satu je, aku biar camto jelah. padahal satu pinggan je, bukan patbelas pinggan dalam tuh. aku hanya akan pandang sepi je, lantak lah dulu. karang pon boleh basuh. wahhhh punya la pemalas kan.

pastu baju plak. part yang aku paling malas pasal baju ni masa nak lipat. aku malas betol nak lipat baju. malas nak lipat, pastu nanti nak kena susun cantik-cantik dalam almari pulak. jadi banyak kerja nak buat tau. dulu-dulu masa sekolah mak aku memang marah betol bila aku malas lipat baju. kadang seminggu lebih baju baju aku terperuk dalam bakul. mak aku bebel bebel ah, habis pecah pecah bakul die, kehkeh. lau dia dah geram sangat sebab takde bakul nak guna, dia campak je baju baju aku atas katil. dia memang takkan lipat, dah pandai kan. aku start basuh baju sendiri pon lepas aku datang period. dulu mana ada mesin basuh, basuh baju pakai tangan je. dah masuk sekolah menengah baru beli mesin basuh. mak aku ajar basuh baju sendiri, lipat sendiri. so baju kitorang memang tak campur.

sampai sekarang tabiat tu still tak berubah. aku akan longgokkan baju dalam bakul. bila rajin aku lipat ah. kadang rasa meluat sangat, takde baju dalam laci, baru gigihkan diri melipat. tapi bila aku sentap ngan laki aku, otomatik aku akan jadi rajin terlebih. dah rasa sakit hati nak marah, memang tak lah nak duk dekat dekat kan. bikin lagi panas lau cenggitu, huhu. memang aku akan buat semua ah, yang awal awal rasa malas nak lipat baju, memang aku kemas habis. dari baju sampai ke dapur. habis pinggan mangkuk aku cuci, lap dapur gas bagai. tetibe rasa nak gadoh ari ari, kahkah.

so malas aku ni akan berubah ubah ikot mood jugak la. kalau mood aku baik, aku akan bersih kemas satu rumah. lau mood aku suam suam kuku je, aku kemas mana yang patot jelah. tapi lau aku rasa takde mood langsung, lantak lah situ, kahkah. ehhh baru teringat. baju selonggok dalam bakul nak cuci. malassssssnyeeeeeee



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca..