Thursday 22 September 2016

Pinocchio

Assalamualaikum...

haiii uollssss. ngah watpe tu? korang dah makan ke? pada yang tengah kerja tu, kerja lah dengan seeloknya ye. kakak2 makcik2 yang tengah masak tu, masak sedap2. abang2 yang bawak lori tu, hati2 kat jalan raya. jangan main henpon pulak. ehhhhhh dah kenapa engko, ingat ni konti radio thr? kahkah. terover pulekkkk.

korang pernah tengok citer kartun pinocchio tak? alaaaahhhh mesti penah ni mase kecik2 muda remaja dulu. sekali menipu, 10cm hidung jadi panjang. patbelas kali menipu, mampos nambelas kaki persegi hidung dia panjang. kehkeh, aku pon dah jadi penipu jugak nih. *^_^*

burung pon siap buat sarang lagi. kongajaqqq, hhahaha


sekarang ni bukan aku nak citer pasal pinocchio kartun kayu tuh tapi citer korea tajuk pinocchio. yang suka layan korea tau ah citer nih. aku pon baru je layan sampai 4 episod setengah. setengah tu sebab episod keempat tak abis lagi, kehkeh. citer tu taon 2014 punye, giler jauh ketinggalan. nak buat camne, baru tau kat mana boleh download drama korea free. bertaon aku search, bulan ni di taon ini baru jumpa.  -_-!

ensem kan lee jong suk? auwwwww


citer ni mengisahkan seorang perempuan (park shin hye) seorang pinocchio yang nak jadi pembaca berita tapi ditolak oleh satu syarikat besar sebab dia tak pandai menipu. kalau dia menipu dia akan tersedu. pastu pakwe korea aku pon berlakon sekali merangkap hero dalam tu iaitu lee jong suk. my baby booo. kahkah. sebab dia lah punca aku mendownload citer nih. yeehuuuu. hokay setakat tu je aku boleh citer sebab tengok pon tak abis lagi camne nak citer lebih2 oiii. kahkah. agak2 kena hempuk ngan tong gas tak? ampunnnn

pinocchio ni ada kebaikan dan keburukan jugak. apa yang aku tengok sepanjang empat episod setengah ni, banyak jugak la pengajaran dia. salah satunya kita tak boleh nak menipu. kalau menipu senang jer kantoi. pastu ada satu part yang mana hero dia cakap dengan satu penipuan boleh membunuh seseorang. haaa lebih kurang cenggitu ah ayat dia. aku pon tak ingat dah. tapi terlampau jujur pon tak boleh jugak sebenarnya. yelah kan, contoh engko tak suka kat seseorang pastu engko cakap suka sangat2, memang kantoi ah. selagi dia menipu, selagi tu lh sedu dia tak berenti. sama cam pinocchio kayu kartun tu, menipu je selalu hidung pon makin panjang.

bila tengok citer tu, yang mengisahkan bidang kewartawanan and dunia berita, terfikir jugak lah kat otak aku ni. memang dunia berita cenggitu ke? suka menokok tambah benda yang tak ada untuk dapat rating tinggi? tu yang aku tengok dalam citer tuh la. yang realitinya tu tak tau lah macam mana.

tapi bagi aku citer ni memang best ah. tak sabar nak habiskan 20 episod. balik rumah kononnya nak layan tapi bila 8 jam mengadap komputer kat ofis, memang tak lalu lah aku nak hadap laptop pulak kat umah. mase belajar dulu lain ah, boleh layan korea sampai pagi, ngantok tolak tepi janji layannn.

kalau anak2 yang degil tak reti dengar cakap boleh je ugut2 sikit. sape2 degil nanti hidung jadi panjang cam penyidai baju, nakkk???? haaaa kompem semua takot. alahhh tipu sikit2 jer, heuheu. untuk kebaikan dorang jugak khennn. hokay lah bye `(^_*)/



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca..