Tuesday 13 September 2016

Pengorbanan

bila sambut hari raya aidil adha ni, mesti ramai yang buat ibadah korban kan? untung siapa yang dapat kerjakan ibadah korban ni, tapi niat kita haruslah kepada Allah swt. sebut pasal pengorbanan ni, apa pengorbanan yang korang buat? mesti ada jugak yang tak dapat balik kampung sambut raya ngan family sebab study, ade yang kena kerja kan.

macam aku, tahun ni aku beraya kat rumah je. takde balik kampung mana2. balik kampung suami pon tidak sebab ade masalah teknikal sikit. sedih sangat bila dengar takbir raya dekat tivi, dekat masjid. sayup2 je, meleleh jugak ah air mata ni empat baldi. bila kakak2 whatsapp gambar juadah raya, baju raya, rasa nak balik kampung masa tu jugak. memang sedih la bila takleh kumpul beramai ramai, makan ketupat tapai. Allah, sedih sangat bila duk ingat. malam raya aku makan kfc ramai2 ngan sepupu laki aku. nasib baik dia datang, sekurangnye terhibur la sikit.

aku teringin sangat nak rasa daging korban semalam. nak meleleh air liur bila tengok sedara2 dia tunjuk daging dua tiga plastik sorang. kat area sini banyak sedara mara. suruh dia ambik tapi dia taknak. takpelah, pendam je dalam hati. takkan nak mintak orang punya pulak kan.

pastu semalam abang ipar aku bawak gulai daging dari kampung. mak mertua aku tapau. rendang dah habis dia cakap, sedara ramai datang. memang eksaited giler ah masa tu, dalam hati dapat jugak makan daging walaupun bukan daging korban. nak makan sorang, tak sampai hati pulak sebab dia takde. so tunggu la dia balik nak ajak makan sekali. bila dia balik, lauk dah basi. masa tu macam2 rasa ada. Tuhan je yang tahu. mungkin dah takde rezeki aku kot.

dalam hidup ni, tak semua apa yang kita inginkan kita akan dapat. tak semua yang kita hajati, Allah perkenankan.dan tak semua orang sanggup berkorban untuk kita. wassalam



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca..