Monday 26 September 2016

Kehilangan itu menyakitkan

assalamualaikum...

baru jer rasa teruja sebab dapat baby yang comel-comel tiga ekor tapi sekelip mata je dia pergi. memang tak boleh nak terima bila tengok dia yang diam tak berbunyi, badan sejuk kebiruan. menangis aku tengok, macam hilang anak sendiri. aku letak mulut dia kat puting mak dia dengan harapan dia akan hisap tapi sia-sia je. dia tetap pergi jugak. sekelip mata je semua mati.

masa ni dia baru mati. sedih giler-giler, nangis sampai bengkak mata.

sejam lepas tu yang ni pulak yang mati... :(


lagi lah bertambah-tambah sedih. nangis bagai nak rak macam aku pulak yang mati anak. masa nak tanam dia ni, mak dia nampak laki aku ambik. so dia ikot laki aku. dia nak ambik balik anak dia bawak masuk rumah tapi aku rebut. aku pegang leher dia pon still taknak lepas anak dia. masa tu memang nak terjurai dah air mata tapi aku tahan je sebab ada orang kat situ. lepas dia lepas anak dia aku terus tekup ngan tangan taknak bagi nampak. memang dia cari-cari ah, gi kat lubang laki aku gali, siap duduk lagi dalam tu. mungkin dia tau anak dia dah takde tapi sebab kitorang ambik secara paksa, so dia marah la. laki aku cakap suruh dia masuk dalam rumah, cari anak kat dalam sebab ada lagi sekor. lepas kitorang tanam, dia pergi lagi kat situ panggil-panggil anak dia. malam tu dia ambik anak dia dalam kotak, sorok bawah meja. bila dia nampak aku lalu kat situ terus dia jaga kat meja tu takot kitorang ambik lagi. dia tak gi makan, tak gi minum sebab nak protect. 

lepas tu dia keluarkan balik, tak tau ah mungkin tak selesa sebab sempit ke apa. tapi dia tak bagi susu, geram betol aku masa tu. dah la tinggal sekor je. dia cuma usung anak dia masuk bawah meja, pastu letak dalam kotak, letak belakang kotak. dia macam nak tunjuk perasaan ngan kitorang dengan abaikan anak dia camto je.

tengah malam sikit aku gi tengok anak dia, masa tu anak dia dah sejuk. aku memang tak sedap hati dah masa tu sebab yang dua ekor tadi sebelum mati pon badan dia sejuk jugak. masa tu tuhan je tau perasaan aku macam mana, rasa nak marah, rasa sakit hati kat mak dia. siap cakap lagi kat suami, kalau yang ni mati jugak aku memang taknak jaga dah mak dia. letak ah dia kat mana-mana, aku taknak tengok langsung. aku ambik anak dia balut ngan kain taknak bagi sejuk. aku bagi air masak titik-titik kat mulut dia sebab mak dia tak bagi susu. kompem-kompem lah dia lapa. aku takot sangat, mintak sangat-sangat kat tuhan jangan ambik dia sekali. cukup lah dua je mati.masa tu dia baru dia bunyi, sebelum tu memang dia tak keluar suara dah. bila aku tengok dia diam aku sentuh-sentuh tangan dia nak tengok dia gerak ke tak. 

mak dia datang pon aku tak bagi dia tengok sebab nanti dia nak ambik balik letak bawah meja, aku try letak kat puting mak dia tapi dia tak hisap. aku nak gi panaskan air, nak bagi air suam pulak. sebelum gi dapur aku dengar dia bunyi tapi aku tak tengok. lepas aku siap rebus air semua tu gi balik kat dia nak suap air tapi dia diam je. tak gerak langsung. masa tu dah dekat pukul 3 pagi. pasrah camtu je, memang meraung jugak ah aku kat situ. aku bagi mak dia tengok. masa tu still berbalut lagi ngan kain, dia nak bukak kain tu. bila aku bukak terus dia jilat-jilat anak dia, ambik letak bawah meja balik. 

awal pagi tu aku sedar, aku gi intai anak dia. dia letak anak dia hujung dinding belakang meja, dia pulak tido kat aku. aku ambik anak dia letak dalam kotak. pastu aku suruh laki aku gi tanam anak dia, aku cakap ada dalam kotak tapi dia cakap takde. aku memang yakin sangat aku letak anak dia dalam kotak, tapi dah hilang. aku syak mak dia bawak anak dia kat mana-mana tapi aku tak tau. dah puas aku cari kat tempat yang dia selalu sorok tapi tetap tak jumpa. sekarang ni dia selalu cari anak dia dalam kotak, dia akan panggil-panggil anak dia. bagi aku, kalau kita manusia ni yang hilang anak tiga sekaligus mesti dah meroyan. aku yang gugur dulu pon rasa sedih gila-gila apatah lagi kucing kan. 

kat kepala dia tu anak dia yang last, masa tu laki aku letak atas lantai sebab mak dia baing atas lantai. letak kat puting dia. tapi mak dia ambik anak dia letak atas bantal, dia tido kat situ. bantal tu aku baru buat, nak letak dalam kotak sebab sebelum ni lapik seluar je. aku nak bagi dorang tido selesa tapi sempat tido sekejap je atas tu. :(

aku dah dapat nama yang aku nak bagi kat dorang tapi tak sempat nak bagi. tak sempat aku nak ajar macam-macam, tak sempat nak tengok dorang buka mata, semua yang aku plan tak sempat nak buat. T_T



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca..